CARA MENGATASI MASALAH KEWANGAN PERIBADI DAN KELUARGA

Berikut beberapa tips yang boleh anda praktik bagi anda masalah kewangan peribadi dan keluarga anda:
- Hasil Pendapatan Tetap
Anda perlu catat hasil pendapatan tetap anda. Biasanya yang akan masuk ke dalam hasil pendapatan tetap ini adalah gaji, faedah daripada simpanan dan sebagainya. Anda perlu catat pendapatan rutin yang pasti anda dapatkan setiap bulannya. Hindari memasukkan pendapatan yang tidak pasti atau tidak rutin dalam anggaran anda. Membuat perancangan berdasarkan sumber pendapatan yang tidak pasti boleh membuatkan anda terjerat dengan hutang piutang.
- Susun Anggaran Perbelanjaan
Membuat anggaran perbelanjaan sebenarnya tidaklah sesusah mana.Salah satunya adalah dengan membuat jadual pendapatan tetap yang diterima dan jumlah pengeluaran.Anda perlu menjaga jadual pengeluaran dan pastikan ia tidak melebihi jumlah pendapatan anda. Dengan membuat angggaran perbelanjaan sudah pasti hidaup anda jadi lebih tenang dan bahagia.
- Kawal Jumlah Pengeluaran
Menyusun jadual pengeluaran tidak semudah membuat jadual hasil pendapatan tetap. Anda boleh melihat sama ada anda boros berbelanja ataupun tidak dengan adanya jadual perbelanjaan tersebut. Untuk setiap pengeluaran atau pembelian, pastikan anda membuat perhitungan antara nafsu berbelanja dan skala pioriti. Jika anda mendapati jumlah pengeluaran anda lebih besar atau sama banyak dengan pendapatan, bermakna anda boleh menunda atau menyingkir apa yang tidak sepatutnya anda beli.
- Menabung
Salah satu yang paling penting dalam jadual pengeluaran anda adalah menabung. Meskipun ada yang mungkin tidak menganggap menabung sebagai pengeluaran, ia sebenarnya satu langkah bijak kerana anda boleh menganggarkan sebahagian hasil pendapatan tetap anda pada setiap bulan itu untuk keadaan darurat atau tujuan khusus. Sekurang-kurangnya 5 peratus hasil pendapatan anda telah dipotong untuk menabung. Jika tidak, anda perlu membuat langkah-langkah yang keras. Singkirkan kegunaan kad kredit dan cuba atur kembali gaya hidup anda dan pertimbangkan keperluan hidup anda yang sebenarnya.
CARA MENGATASI MASALAH KEWANGAN PERIBADI DAN KELUARGA

- Berhutang
Ramai orang berfikir bahawa berhutang mampu menyelesaikan masalah kewangan. Hutang yang tidak terkawal boleh menggagalkan anda untuk hidup sesuai dengan pendapatan anda. Jenis hutang tertentu memang boleh menjadi aset. Misalnya hutang jangka masa panjang untuk pembelian aset seperti rumah yang nilainya terus meningkat dapat bermanfaat. Sebaliknya, hutang kad kredit yang digunakan untuk membiayai kehidupan sehari-hari boleh menjadi malapetaka dalam kehidupan. Memanglah penggunaan kad kredit boleh dapat memudahkan hidup anda, namun jika tidak berhati-hati ia boleh menjerat diri dengan beban tagihan bunganya!
Kesimpulan
Selain itu, anda perlu merancang kewangan anda dengan baik. Menyusun anggaran dan melaksanakannya merupakan salah satu saranan yang dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kewangan. Hindari hutang, dan jika anda sudah memiliki hutang kad kredit, segera langsaikannya. Selalu menyisihkan hasil pendapatan anda untuk menabung atau menyimpannya di dalam bank. In shaa Allah, anda boleh mengatasi masalah kewangan anda itu. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment