Wednesday, 4 February 2015

OPPO MUDAH DAN HEBAT SERTA SELFIE YANG TERBAIK

OPPO MUDAH DAN HEBAT SERTA SELFIE YANG TERBAIK - OPPO sangat mudah digunakan. Dalam erti kata lain hanya perlu menggunakan arah tangan bagi membuka sesuatu. Misalnya ingin berselfie hanya bulatkan pada skrin. Terus direct kepada kamera. Ingin membuka dan kunci kan handphone.

Hanya perlu ketuk dua kali dan sebagainya . Tidak susah untuk digunakan. Walaupun berharga 300 dan lebih serta ada yang lebih mahal. Dengan harga 300 sebegitu sudah dapat menikmati keistimewaannya.

 

images (4)

Oppo akhirnya memasuki pasaran Malaysia dengan Oppo N1. N1 mempunyai sistem kamera berputar yang membolehkan kamera utama 13 Megapixelnya digunakan sebagai kamera hadapan dan kamera utama sekaligus.Selfies yang anda ambil menggunakan kamera hadapan N1 akan kelihatan lebih cantik kerana sensor kamera yang lebih besar. Kamera N1 yang juga dilengkapi sepasang flash (seperti iPhone 5S) boleh berputar sebanyak 210 darjah. Secara teorinya ini memudahkan bukan sahaja mengambil gambar selfie syok sendiri malahan mengambil gambar dari atas, bawah dan di atas dengan lebih mudah tanpa pengguna yang terpaksa meletakkan tubuh di dalam posisi aneh bagi mendapatkan gambar yang dikehendaki.

 

images (3)

Butang kuasa dan suara terletak pada bahagian kanan peranti manakala slot MikroSIM pula terletak pada bahagian kiri. Slot MikroSIM ini hanya boleh dibuka dengan menggunakan jarum seperti sebuah peranti Apple. Pada bahagian bawah terdapat port MikroUSB, sebuah pembesar suara dan jack fon kepala.

Sebuah lagi keunikan N1 ialah panel sesentuh pada bahagian belakang yang diberi nama O-Touch. Panel sesentuh kecil ini boleh digunakan sebagai butang pengkatup kamera ketika. Letakkan jari anda pada O-Touch selama sesaat dan kemudian lepaskan bagi mengambil gambar. Dalam demo yang kami lihat menggunakan O-Touch adalah jauh lebih mesra pengguna dari cuba menekan butang pengkatup kamera dengan menggunakan jari dengan menggunakan sebelah tangan.

 
PRO dan Kelebihan


  • Kamera yang boleh diputarkan. Kamera hadapan boleh digunakan untuk mengambil gambar dari hadapan. Selfie yang diambil kini lebih cantik kerana menggunakan kamera beresolusi tinggi.

  • O-Touch, panel sesentuh pada bahagian belakang juga sebuah inovasi yang menarik bagi memudahkan anda mengawal peranti dengan menggerakkan jari pada bahagian belakang tanpa perlu menyentuh skrin. Sebelum ini sistem seumpama O-Touch hanya kami lihat pada sebuah projekKickStarter yang gagal mendapatkan dana.

  • O-Click – Aksesori seakan rantai kekunci yang berfungsi seperti alat kawalan jauh. Telefon akan berdering apabila butang ditekan dan memudahkan anda mencari N1 sekiranya ia hilang di rumah

  • Sokongan isyarat jari yang boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi sungguhpun ketika peranti dikunci. Anda boleh memprogramkan isyarat jari rekaan anda sendiri untuk pelbagai fungsi N1.

No comments: