MAHKAMAH MEMBATALKAN KES LELAKI BERPAKAIAN SEPERTI WANITA - TV3 , mahkamah tidak menyetujui dan tidak menyokong lelaki yang menyerupai fitrah seperti wanita apatah lagi memakai tudung atau berhijab seolah-olah memainkan agama islam.
“Sebagai menjaga kemaslahatan orang Islam, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri berdasarkan kuasa yang diberikan untuk menjaga orang Islam dan negeri itu, maka Enakmen Jenayah Syariah tersebut dibuat sekali gus menjalankan tanggungjawab diberi oleh Perlembagaan itu sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mahkamah putus enakmen Syariah halang lelaki berpakaian wanita tidak berperlembagaan . Lelaki transgender di luar Mahkama Rayuan hari ini, mencabar enakmen Syariah Negeri Sembilan yang menghalang mereka berpakaian wanita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 7 November 2014.Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.
Tiga lelaki transgender beragama Islam mencabar peruntukan itu kerana melarang mereka berpakaian silang jantina, dan mendakwa ia melanggar hak perlembagaan mereka yang menjamin kebebasan bersuara, pergerakan dan hak hidup secara terhormat.
Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki.
Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)
SUDAH terang-terangan mahkamah perlu tegakkan apa yang dibenarkan dan ditentang dalam al quran demi menyelamatkan negara kita daripada sebarang bencana alam lagi selepas ini.
No comments:
Post a Comment