
Seperti juga kes semalam di mana seorang bayi lelaki telah ditemui di tangga pintu masjid di kampung alai melaka dalam keadaan berselimut di dalam sebuah bakul pada awal subuh hari ini.
Menurut saksi yang juga orang yang menemui bayi itu,nor azizah md nordin berusia 50 tahun berkata,bayi lelaki tersebut telah ditemuinya kira-kira pada jam 4.30 pagi semasa beliau berada di masjid bagi melakukan solat sunat seorang diri.
Menurut nor azizah,semasa menunaikan solat beliau telah terdengar pintu masjid telah di tolak sepertinya ada orang yang melalui pintu itu namun tiada yang muncul dan tidak semana,beliau terdengar tangisan bayi.
"Pada mulanya saya sangka hanya ilusi kerana sunyi pada waktu itu tetapi selepas menuju ke tangga masjid saya terperanjat menemui bayi itu dalam keadaan menangis,"katanya.
Bayi itu kini di dalam jagaan jabatan kebajikan masyarakat dan kes akan disiasat mengikut seksyen 317 kanun keseksaan.dan menurut pihak polis,ibubapa bayi tersebut pasti akan tertangkap selepas ujian DNA di lakukan ke atas bayi tersebut.
No comments:
Post a Comment