TIPS MUDAH UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Tetapi jangan khawatir, anda dapat melakukan beberapa aktiviti yang dirancang sesuai dengan keperluan dan kehendak wanita untuk mempercepatkan penurunan berat badan. Cara ini sangat menyenangkan kerana boleh dilakukan sesuai dengan keinginan dan minat anda.
Tambahan pula jika anda pergi ke gym, biasanya diminta untuk menjadi ‘membership’. Jadi, itu akan lebih menyusahkan kerana yurannya yang agak tinggi. Untuk itu, anda boleh melakukan beberapa cara ini, agar berat badan anda kembali ideal dan menambah keyakinan diri anda.
Berikut 13 cara melangsingkan badan anda ke bentuk ideal, yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian:
- Berenang, anda boleh melakukannya bila-bila masa sahaja. Jika cuaca mendung, anda bisa melakukannya di kolam renang tertutup. Berenang mampu membakar lebih banyak kalori.
- Tingkatkan makanan berprotein tinggi dan kurangkan jumlah kalori dalam pemakanan. Dengan demikian, anda akan dapat kehilangan banyak berat badan dalam waktu yang singkat.
- Jika anda memiliki tangga di rumah, amalkan berjalan naik dan turun tangga. Jika di pasaraya, hindari menggunakan eskalator juga.
- Kenakan sepasang kasut atau sandal yang rata, baju dan seluar longgar. Lalu mulai berjalan-jalan di pagi hari. Cara ini sangat baik untuk menurunkan berat badan tanpa olahraga, dan akan membuat anda aktif sepanjang hari.
- Mengadopsi anjing untuk menurunkan berat badan. Ingin tahu bagaimana? Ajak anjing anda keluar di pagi hari, untuk lari dan atau jalan-jalan, ini untuk membuat anda tidak kesepian.
- Berbasikal ke tempat kerja. Cara ini sangat baik untuk menggerakkan tubuh anda dan membakar kalori.
- Berdansa bagi wanita kerap dilakukan saat mendengar lagu, terutama yang berirama menghentak. Lakukan tarian yang baik dan benar, dengan menggerakkan seluruh otot-otot tubuh
- Berlatih yoga cukup sesuai dan berkesan bagi anda yang menyukai ketenangan dalam menurunkan berat badan. Hal ini kerana beberapa gerakan yoga sangat baik untuk membakar lemak.
- Jika anda menyukai pergaduhan, lakukan latihan bela diri. Kerana latihan ini akan membuat semua otot bergerak, dan membakar lemak lebih baik lagi.
- Melakukan tugas-tugas di rumah anda, dapat membantu untuk menurunkan berat badan, tetapi akan memakan waktu lebih lama untuk membuat anda berkeringat.
- Jika anda suka ‘skipping’, lakukanlah minima setengah jam.
- Ajak keluarga atau rakan anda untuk berjalan-jalan. Selain menyihatkan, anda juga akan mempunyai teman untuk menurunkan berat badan dan juga mendapat keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan.
- Jatuh cinta dengan sukan, akan membuat anda melakukan apapun juga. Dan membantu anda melakukan gerakan-gerakan sihat semasa bersukan. Demikian cara yang boleh anda amalkan. Namun perlu diingat, kurangi dan hindari makanan bergula dan garam yang berlebihan. Serta hindari makan sesudah bersukan dan perbanyakkan minum air putih dahulu.Satu hal yang penting, lakukan dengan konsisten apa yang ingin anda capai. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment