Friday, 26 June 2015

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID-Kekejangan dan sakit adalah hal yang umum pada perempuan yang sedang haid . Rasa sakit pada saat haid itu boleh menjadi semakin parah apabila perempuan salah memilih menu makanan. Makanan yang salah boleh mempengaruhi keparahan dan lamanya pra-haid dan kekejangan haid yang menyakitkan. Penyebab yang paling umum dari kram menstruasi adalah prostaglandin, sejenis bahan kimia yang terjadi secara semulajadi dalam tubuh yang menetapkan ketegangan otot.
Menyekat makanan tinggi gula dan garam juga dapat mengurangkan kembung dan perubahan suasana hati. Selain mengubah diet, salah satu hal yang paling penting yang boleh anda lakukan adalah meningkatkan tahap aktiviti.

MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID


sakit haid



Ini beberapa makanan yang sebaiknya dihindari ketika sedang haid, seperti dipetik
Livestrong, Isnin (28/5/2012):

  1. Coklat
    Elakkan kafein dalam makanan seperti coklat, teh, soda dan kopi selama kitaran haid. Kafein menyempitkan pembuluh darah dan membuat dehidrasi tubuh, yang boleh menyebabkan sakit kepala dan dapat meningkatkan kegelisahan selama tempoh haid sehingga menyebabkan ketidakselesaan haid.

  2. Produk susu
    Susu mengandungi asid arachadonic, yang dapat meningkatkan pengeluaran prostaglandin. Kerana prostaglandin dilepaskan ke dalam tubuh, rahim memberi respons dengan menyebabkan kekejangan atau kejang.

  3. Makanan olahan
    Mengurangkan pengambilan natrium atau garam akan mengurangkan retensi air dan kembung. Elakkan makanan dalam tin, makanan olahan seperti daging tin dan produk keju, sos dan MSG, serta setiap makanan bungkusan yang mengandungi natrium 200mg atau lebih per porsi.

  4. Makanan yang bergoreng
    Makanan tinggi lemak seperti daging, susu penuh lemak, gorengan dan minyak meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh. Perubahan estrogen boleh menyebabkan perubahan rahim yang dramatik dan menimbulkan kekejangan dan rasa sakit.


MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN KETIKA HAID


doa ketika haid


 

Jadi, kesimpulannya untuk mengurangkan kadar kesakitan ketika haid, jagalah pemakanan. Lebihkan makan buah-buahan dan makanan yang tidak berminyak. Jika sakit, elakkan daripada makan ubat tahan sakit kerana ianya boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada rahim dan peranakan. Semoga apa yang penulis kongsikan ini sedikit sebanyak dapat membantu para wanita untuk menghadapi hari-hari semasa kedatangan haid. WALLAHUA’LAM...

No comments: