Friday, 10 April 2015

SEBAB RAMAI LELAKI SUKA PEREMPUAN RENDAH

SEBAB RAMAI LELAKI SUKA PEREMPUAN RENDAH-Menjadi lumrah seorang manusia untuk menyintai dan dicintai, menyayangi dan disayangi. Lelaki diciptakan untuk perempuan dan begitu juga sebaliknya. Namun, setiap daripada kita mempunyai citarasa atau ‘taste’ untuk memilih pasangan masing-masing.

gadis

Bagi lelaki, ade sebahagiannya yang sukakan perempuan yang tinggi lampai dan ada juga yang meminati seseorang perempuan itu kerana dia rendah. Perempuan yang rendah atau comel ini mempunyai banyak tarikan yang tersendiri yang berjaya menarik perhatian para jejaka.

SEBAB RAMAI LELAKI SUKA PEREMPUAN RENDAH




Di sini penulis kongsikan 10 sebab kenapa perempuan rendah menjadi pilihan ramai lelaki :

  1. Mereka comel dan seksi


Memang tidak dapat dinafikan bahawa perempuan yang rendah ini sangat comel terutama sekali apabila mereka sedang merajuk ataupun marah.

“Marry someone who looks sexy when disapointed”.  – Modern Family’s Phil Dumphy and Phil’s-osophy.

  1. Mereka kelihatan muda dari umur sebenar mereka


Mesti ramai yang akan fikir pasangan anda baru belasan tahun walhal pada hakikatnya dah hampir ke 30 tahun. Jadi, mereka akan sentiasa kelihatan muda dari usia sebenar.

  1. Mudah untuk mendapatkan pakaian untuk mereka


Maksudnya di sini, perempuan yang rendah dan kecil sangat mudah untuk mendapatkan saiz baju atau seluar dan juga keperluan lain seperti kasut kerana saiz untuk mereka selalu ada. Silap-silap boleh shopping kat bahagian kanak-kanak taw.

  1. Mereka akan kekal dengan pasangannya


Ini membuktikan yang perempuan rendah ini seorang yang setia pada cintanya. Betul tak?

  1. Jimat duit untuk makanan


Orang yang bersaiz kecil atau rendah ini kebanyakannya tidak makan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, ini membolehkan lelaki menyimpan duit lebih sikit untuk kegunaan di masa akan datang.

SEBAB RAMAI LELAKI SUKA PEREMPUAN RENDAH




  1. Rasa comel bila cium perempuan yang rendah


Ditegaskan ini hanyalah untuk pasangan suami isteri ya. Cium perempuan yang rendah ini nampak cute, lagi-lagi apabila si isteri menjengketkan kaki sedikit. Terasa kecomelan di situ. Hehe. Bagi yang bujang, sila dapatkan greenlight dulu ye.

  1. Perempuan rendah menjimatkan masa


Semasa bersiap untuk keluar rumah, kebiasaannya pasti suami dan isteri perlu menghadap cermin untuk ‘touch up’ kan? Masa akan jimat bila kedua-duanya boleh bersiap depan cermin dalam masa yang sama. Jadi, tak perlu tunggu giliran untuk menghadap cermin jika adanya isteri yang rendah.

  1. Mereka boleh pakai high heels


Perempuan yang tinggi akan rasa serba salah bila pakai high heels kerana akan kelihatan lebih tinggi dari suami lebih-lebih lagi bila tinggi suami hampir sama dengan tinggi isteri. Perempuan rendah tiada masalah untuk pakai high heels kerana akan nampak lebih segak bila berjalan bersama suami yang tinggi sedikit daripadanya.

  1. Mereka senang untuk didukung


Perkara ini amat diidam-idamkan oleh kebanyakan wanita kerana dukungan suami itu kelihatan romantik dan sangat memukau terutama sekali apabila hendak bermanja. Perempuan yang rendah ini akan mudah untuk didukung kerana mereka ringan dan pasti suami juga suka untuk angkat atau dukung isterinya yang rendah.

  1. Mereka sangat awesome untuk dipeluk


Suami senang nak peluk isterinya yang rendah kerana kepala isteri hanya paras dadanya sahaja dan lebih mudah juga bagi suami untuk mencium dahi mereka. Kucupan pada dahi adalah tanda sayang dan akan membuat hati isteri berbunga-bunga.

No comments: