




Untuk makluman anda, ia merupakan karya terbaharu daripada saudara Idiyaz Baharuddin yang juga merupakan seorang yang pakar dalam perisian 3 dimens
Sebelum ini beliau pernah menghasilkan Perdana R, kali ini beliau cuba mereka 3D untuk model Proton Saga R. Karya beliau kali ini lebih mantap dan banyak menerapkan elemen gaya rekaan Proton terutama “single graphic face” dan ada kesinambungan rekaan Iriz dibahagian sisi.
Rekaan ini juga sesuai dijadikan Iriz sedan jika Proton ingin menjadikan Saga menggunakan platform Iriz. Idiyaz Baharuddin anda memang berbakat!
Sekali tengok macam ada iras dengan Honda Civic. Apapun memang terbaik design ni. Cuma adakah Proton mampu keluarkan model seperti ini dengan kos untuk Proton Saga?
Sebut sahaja Proton Saga pasti sudah terlintas di fikiran bahawa ianya sebuah kereta basic untuk golongan pertengahan. Walaupun terdapat pelbagai edisi namun hakikatnya rekabentuk luaran kereta tersebut tetap sama.
Namun, siapa sangka rekaan 3D daripada saudara Idiyaz Baharuddin memberikan impak yang luar biasa pada pandang pertama Proton Saga. Rekaan Saga R ini dikatakan sesuai dijadikan Iriz versi sedan.
No comments:
Post a Comment