Tuesday, 14 April 2015

Keputusan JDT vs Kitchee SC

Keputusan JDT vs Kitchee SC 14 April 2015. JDT merampas kedudukan teratas kumpulan F apabila menewaskan pendahulu Kitchee Sc dalam perlawanan yang berlangsung di Johor Bahru. Kemenangan ini juga berjaya membalas kekalahan terdahulu ketika mereka bertemu di Hong Kong.

[caption id="attachment_3992" align="aligncenter" width="700"]JDT vs Kitchee SC JDT vs Kitchee SC[/caption]

Dua gol pada separuh masa pertama menerusi Luciano Figueroa pada minit ke 17 dan sepakan penalti minit 43 oleh Safiq Rahim. Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan JDT sebelum berdepam dua lagi perlawanan kumpulan F nanti.

Kejayaan JDT itu yang sebelum ini tumpas 0-2 ke atas pasukan dari Hong Kong tersebut di tempat lawan, membolehkan mereka menghuni semula tangga teratas Kumpulan F, setelah mengutip sembilan mata, manakala Kitchee SC di tempat kedua dengan tujuh mata. Wakil dari India, East Bengal di tempat ketiga dengan empat mata, sementara pasukan Balestiar Khalse dari Singapura di kedudukan tercorot kumpulan berkenaan dengan tiga mata.

JDT akan berdepan East Bengal FC dalam perlawanan kelima mereka pada 28 April 2015.

No comments: